Selasa, 21 Mac 2017

Sekolah Agama Sanglang, Pontian.

Sekolah Agama Sanglang
Menghadapi pancaroba konfrantasi


Pesisir pantai kampong Sanglang yang merentang selari dengan Selat Melaka tidak terkecuali dari menjadi zon perang ketika melalui zaman konfrantasi Malaysia - Indonesia (1963 hingga 1966). Penduduk Kampong Sanglang turut berkawal di sepanjang Pantai Kampong Sanglang untuk mengelak pendaratan haram ketumbukan tentera Gerilya Indonesia yang memegang perinsip "Ganyang malaysia" ketika itu. Mereka berkawal disepanjang pantai yang dipenuhi hutan bakau, dan api-api secara bergiliran siang dan malam bersama Batalion pasukan Polis Hutan (PPH) yang ditugaskan secara rasmi mempertahankan pantai dari pencerobohan tentera asing.
Kerjasama antara penduduk dan Pasukan polis Hutan tersebut ternyata menghasilkan kesan positif kerana urusan pembelajaran dan persekolahan anak-anak kampong Sanglang dapat berjalan dengan aman sepanjang 4 tahun tragedi   tersebut tanpa menjejas seesi persekolahan Sekolah Agama Sanglang. 
Tragedi "Ganyang Malaysia" yang timbul sekitar 1963 - 1966 tersebut timbul bermula dengan rasa tidak senang hati  oleh segelintir masyarakat di Indonesia terhadap beberapa hal yang berkaitan dengan Malaysia selepas kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. Isu Sabah, Pulau Borneo dan sistem komunikasi terbatas waktu itu meletakkan kemerdekaan Malaya pada waktu itu dipandang tidak wajar pada  kepimpinan Indonesia yang dipimpin oleh DRS Sukarno. Konfrontasi Indonesia-Malaysia lebih bersifat politik dan dipicu oleh prasangka dari pihak Indonesia yang menganggap Federasi Malaysia hasil bentukan Inggris sebagai sebuah negara "boneka neo-kolonial". Inggris  dituduh berusaha menggagalkan kemerdekaan Malaysia pelbagai helah yang disebut dalam istilah Indonesia " Federasi Malaysia". Justru  Pada 16 September1963, selepas pemilihan rakyat dilaporkan, pihak pendukung Federasi Malaysia yang terdiri dari kalangan elit menganggap bahwa masalah Pembebasan Malaysia dari campurtangan Ingris tidak mungkin dapat diselesaikan dengan pungutan suara (pilihanraya). Mereka rasa bersalah untuk membiarkan saudara mara mereka yang sudah menduduki Malaysia ketika itu tinggal dalam cengkaman Inggeris sedangkan Indonesia sudah lama merdeka dari cengkaman  Belanda ( 1947 ).  
Kemarahan mereka makin memuncak apabila segelintir penunjuk perasaan   anti-Indonesia di Kuala Lumpur beraksi menyerbu bangunan Parlimen dengan membawa bendera dan lambang negara Indonesia, Garuda Pancasila.  Secara agresif  mereka membawa mengoyak serta memijak-mijak gambar Soekarno di hadapan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Mereka memijjak-mijak lambang negara Indonesia, Garuda Pancasila dengan alasan tidak mahu pihak luar campurtangan urusan Malaysia.

Bertindak dari laporan ini, timbul kemarahan Soekarno dan rakyat Indonesia terhadap pembentukan  Malaysia yang dianggap sebagai tidak peka pada nasib masyarakat senusantara. Sewaktu peristiwa tersebut, ramai rakyat Indonesia telah  berhijrah ke Malaysia dan membuka hutan dan perkampungan di negara ini. Kemelut rasa tidak puashati tersebut berakhir  dengan pembentukan Dwi Komando Rakyat disingkat sebagai "Dwikora" yang dikirim oleh DRS Sukarno untuk menyerang Malaysia seawal tahun 1963. Antara agenda penyerangan mereka adalah; 
1) Perhebat Pertahanan Revolusi Indonesia, dan 
2) Bantu perjuangan revolusioner rakyat-rakyat Indonesia di MalayaSingapuraSabahSerawak, dan Brunei untuk Merdeka.

3) Memerdekakan diri dan membubarkan Negara Malaysia.



Segala usaha sedang dibuat untuk menyusun dan menyiapkan halaman ini secepat mungkin.  Sehubungan itu kami mohon bantuan dan kerjasama semua pihak untuk  memberi sebarang  sumbangan maklumat, dokumentasi, bahan sejarah, komen dan usul  membina kepada sidang redaksi kami agar cita-cita ini dapat direalisasikan dengan kadar segera .....




SEJARAH DAN LATARBELAKANG SEKOLAH AGAMA SANGLANG




PENUBUHAN SEKOLAH AGAMA SANGLANG

Sekolah Agama Sanglang mula dibuka pada hari Khamis  
24 hb Ogos 1947 bersamaan  8 Syawal 1366 HijrahGuru pertama bertugas di sekolah ini adalah Ustaz Hassan bin Mahmud. Pada waktu itu jumlah pelajar hanya 85 orang. Pada peringkat awal penubuhan Sekolah Agama Sanglang menumpang bangunan Sekolah Kebangsaan Sanglang sehingga berpindah ke bangunan sendiri pada 26 Jun 2016.

KRONOLOGI SEJARAH 
AWAL PEMBUKAAN SEKOLAH.
Sebagaimana diketahui umum, perang dunia kedua berakhir pada 2 hb September1945. Pada waktu itu masyarakat sekitar Pekan Sanglang ( Kampong Sanglang pada waktu itu ) merasakan perlunya pendidikan agama untuk anak-anak orang melayu diberi perhatian  demi menegakkan syiar Islam. Kepulangan Anak-anak Kampong Sanglang yang merantau ke Johor Bahru ketika itu telah melihat dan membawa pulang cerita berkenaan sekolah-sekolah Agama sebelah petang yang terdapat disana. Dari maklumat tersebut,  terbitlah ilham dan cadangan dari kalangan cerdik pandai melayu ketika itu  untuk menubuhkan sekolah mengaji atau panggilan mashur ketika itu  "Sekolah Quran" disebelah petang. Cadangan tersebut dikuatkan dengan kisah beberapa sekolah Agama petang yang telah tertubuh di negeri Johor seperti Sekolah Melayu Kampong Kandang Ayam,  Johor Bahru (1878) dan Sekolah Al-Quran Kukup, Pontian ( 1907 ) .

SEJARAH : PENDUDUK PADA ERA KONFRANTASI
Tambah kapsyen

Pesisir pantai kampong Sanglang yang merentang selari dengan Selat Melaka tidak terkecuali dari menjadi zon perang ketika melalui zaman konfrantasi Malaysia - Indonesia (1963 hingga 1966). Penduduk Kampong Sanglang turut berkawal di sepanjang Pantai Kampong Sanglang untuk mengelak pendaratan haram ketumbukan tentera Gerilya Indonesia yang memegang perinsip "Ganyang malaysia" ketika itu. Mereka berkawal disepanjang pantai yang dipenuhi hutan bakau, pohon berembang dan api-api secara bergiliran siang dan malam bersama Batalion pasukan Polis Hutan (PPH) yang ditugaskan secara rasmi mempertahankan pantai dari pencerobohan tentera asing.  

Kerjasama antara penduduk dan Pasukan polis Hutan tersebut ternyata menghasilkan kesan positif kerana urusan pembelajaran dan persekolahan anak-anak kampong Sanglang dapat berjalan dengan aman sepanjang 4 tahun tragedi   tersebut tanpa menjejas seesi persekolahan Sekolah Agama Sanglang. 

Tragedi "Ganyang Malaysia" yang timbul sekitar 1963 - 1966 tersebut timbul bermula dengan rasa tidak senang hati  oleh segelintir masyarakat di Indonesia terhadap beberapa hal yang berkaitan dengan Malaysia selepas kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. Isu Sabah, Pulau Borneo dan sistem komunikasi terbatas waktu itu meletakkan kemerdekaan Malaya pada waktu itu dipandang tidak wajar pada  kepimpinan Indonesia yang dipimpin oleh DRS Sukarno. Konfrontasi Indonesia-Malaysia lebih bersifat politik dan dipicu oleh prasangka dari pihak Indonesia yang menganggap Federasi Malaysia hasil bentukan Inggris sebagai sebuah negara "boneka neo-kolonial". Inggris  dituduh berusaha menggagalkan kemerdekaan Malaysia pelbagai helah yang disebut dalam istilah Indonesia " Federasi Malaysia"Justru  Pada 16 September1963, selepas pemilihan rakyat dilaporkan, pihak pendukung Federasi Malaysia yang terdiri dari kalangan elit menganggap bahwa masalah Pembebasan Malaysia dari campurtangan Ingris tidak mungkin dapat diselesaikan dengan pungutan suara (pilihanraya). Mereka rasa bersalah untuk membiarkan saudara mara mereka yang sudah menduduki Malaysia ketika itu tinggal dalam cengkaman Inggeris sedangkan Indonesia sudah lama merdeka dari cengkaman  Belanda ( 1947 ).  


Kemarahan mereka makin memuncak apabila segelintir penunjuk perasaan   anti-Indonesia di Kuala Lumpur beraksi menyerbu bangunan Parlimen dengan membawa bendera dan lambang negara Indonesia, Garuda Pancasila.  Secara agresif  mereka membawa mengoyak serta memijak-mijak gambar Soekarno di hadapan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Mereka memijjak-mijak lambang negara Indonesia, Garuda Pancasila dengan alasan tidak mahu pihak luar campurtangan urusan Malaysia. Bertindak dari laporan ini, timbul kemarahan Soekarno dan rakyat Indonesia terhadap pembentukan  Malaysia yang dianggap sebagai tidak peka pada situasi masyarakat senusantara. Ketika itu sudah diketahui umum bahawa ramai rakyat Indonesia tinggal dan berhijrah ke Malaysia sebelum kemerdekaan negara (1957 ). Kemelut rasa tidak puashati tersebut berakhir  dengan pembentukan Dwi Komando Rakyat disingkat sebagai "Dwikora" yang dikirim oleh DRS Sukarno untuk menyerang Malaysia seawal tahun 1963. Antara agenda penyerangan mereka adalah; 
1) Perhebat Pertahanan Revolusi Indonesia, dan 
2) Bantu perjuangan revolusioner rakyat-rakyat Indonesia di Malaya, Singapura, Sabah, Serawak, dan Brunei untuk Merdeka.
3) Memerdekakan diri dan membubarkan Negara Malaysia.


SEJARAH 
AWAL PEMBUKAAN PEKAN SANGLANG.


Aliran Sungai Sanglang merentangi daerah pontian


Majoriti kajian lisan dalam sesi temubual bersama penduduk asal sekitar Pekan Sanglang menyatakan perkataan Sanglang berasal dari "Sang Helang", sejenis haiwan pemangsa berukuran  besar  yang bersarang di pinggir sungai  yang mengalir  merentang dari arah timur  ke barat iaitu Bukit Nyamok, dalam daerah Kulai ke muaranya di pinggir Selat Melaka. 

Pelbagai kisah lisan yang tidak kurang menarik dapat diungkap dari kisah haiwan vartebrata yang bersarang dipohon pulai pinggir sungai ini. 

Bukan setakat kehebatannya dalam menangkap mangsa dan ketajaman penglihatan matanya yang luarbiasa malahan turut disertakan beberapa kisah mistik yang menjadi bahan cerita lisan dari beberapa generasi hingga namanya diabadikan sebagai nama kampung yang kini bertukar taraf  menjadi sebuah pekan.
Berdasarkan kisah lisan masyarakat setempat sewaktu awal pembukaan hutan untuk menjadi perkampungan terdapat sepohon kayu pulai yang besar tumbuh liar lebih tinggi dari pohon-pohon lain disekitarnya di hutan hulu sungai Sanglang. Tidak ada penduduk berani mendekati apatah lagi menebang  pohon tersebut.  Selain dari ciri ukur lilit pohon yang lebih besar  melebihi tiga pemeluk manusia dewasa dan lebih tinggi dari rimbunan pohon lain disekitarnya,  terdapat juga seekor helang betina besar bersarang di rimbunan dedaun pohon tersebut.
Walaupun tidak mengganggu sesiapa, wajah bengis pemangsa tersebut melebihi ukuran   burung-burung lain sudah  cukup membuat sesiapa sahaja yang melihatnya merasa gerun. 

Sistem perhubungan  zaman  itu sangat daif, berbanding  sekarang. Selain dari  mengisi keperluan asas, sungai juga menjadi  asas  perhubungan  utama   penduduk zaman  itu dan kenderaan utama penduduk untuk  memasuki kampong Sanglang adalah  menggunakan sampan kayuh dan  tongkang.  Belum ada  jalanraya  untuk menghubungkan  kampong Sanglang dengan  pekan-pekan lain seperti  sekarang.  Tidak kedengan berita  kemalangan jalanraya  pada waktu tersebut, namun  antara masaalah penduduk yang berulang-alik  hilir mudik di Sungai Sanglang ketika itu adalah kelibat  buaya yang  berjemur berjejeran di muara sungai.  Penduduk cukup berhati-hati mengendali tongkang atau sampan ketika menyusuri arus sungai Sanglang ketika itu supaya tidak menjadi mangsa 'sang bedal'. 

Seringkali penduduk melihat burung helang besar yang bersarang di pohon pulai  bertenggek di puncak pohon api-api di muara sungai pada siang hari  tetapi tidak mengetahui puncanya. Ada antara mereka menggelar helang tersebut  "penjaga muara ". Suatu ketika  beberapa orang penduduk yang menaiki sampan  menghilir sungai melihat kelibat helang besar tersebut menjunam kelumpur tebing sungai dan membawa terbang anak buaya yang barjalan lambat ke gigi air. Berpunca dari kejadian tersebut, misteri  helang besar bertenggek dipuncak pohon api-api akhirnya  terjawab.   
Rupanya helang besar tersebut memerhati sarang-sarang buaya yang banyak terdapat di lumpur pinggir sungai dan  bertindak menyambar anak buaya yang  merangkak  perlahan ke air setelah  menetas dari telur . Pergerakan helang besar menyambar pantas anak-anak buaya yang  baru menetas tersebut sangat pantas sehingga ibu buaya yang menunggu telur ditebing sungai tidak sempat berbuat apa-apa. 
          Peristiwa itu berlarutan hingga beberapa lama. Merasakan habitatnya terancam, akhirnya buaya di  muara  sungai sanglang berhijrah ke lokasi lain. Penghijrahan buaya yang menghuni muara sungai  melegakan  penduduk sekitar sungai tersebut.
       Kisah "Sang Helang" yang dianggap  hero mengusir keturunan "Sang Bedal" dari muara sungai Sanglang menjadi bualan  sensasi, berpindah dari mulut ke mulut.   Lokasi  sungai  "Sang Helang" mengusir buaya itu akhirnya dikenali dengan sebutan "Sungai Sang Helang" atau "Sungai Sang Lang" yang akhirnya sinonim  menjadi  Sungai Sanglang. 
     Bermula dari Sungai Sanglang  kampong di pinggir Sungai ini mendapat namanya Kampong Sanglang dan kian pesat  membangun  menjadi   pekan Sanglang.
     Terdapat kisah  lain berkisar dengan  helang besar tersebut.  Kononnya suatu ketika  terdapat dua orang budak dari kampong  yang  berhampiran  dengan Sungai Sanglang hilang .  Puas sudah  dicari oleh ibu bapa jiran tetangga tidak dijumpai. Beberapa  orang yang  melihat kelibat mereka mengatakan mereka melihat kedua kanak-kanak tersebut membawa joran  menuju arah bahagian  hulu   sungai sanglang. 
Selain dari  menjalankan gerakan mencari beramai-ramai , terdapat  segelintir  penduduk  yang menemui    dukun kampong  untuk mengesan  kehilangan kedua orang kanak-kanak tersebut. Menurut ramalan  dukun tersebut, kedua kanak-kanak yang hilang  disembunyikan oleh mahluk halus  yang menjadi  pendamping  helang yang bersarang  dipohon  Pulai Besar  yang terletak di hulu Sungai Sanglang. Maka  beberapa orang penduduk diketuai oleh bapa kanak-kanak yang hilang  pun menuju ke Pokok Pulai tersebut. Kemarahan  dan ketakutan  terhadap nasib kedua kanak-kanak yang hilang  ternyata melenyapkan  kegerunan penduduk terhadap  pohon  pulai  besar tersebut sebelumnya.  Selain dari  berteriak memanggil nama kedua kanak-kanak yang hilang,  mereka juga  mengeluarkan kata ugutan  “Kalau engko tidak pulangkan dua budak itu, aku tebang  pokok ini!”  Segelintir dari mereka juga  bertindak menakik perdu pohon pulai raksasa tersebut sebagai tanda  ancaman.  
Beberapa hari kemudian kedua kanak-kanak yang hilang  tersebut dapat dijumpai semula.  Menurut cerita keduanya mereka sesat di kawasan  hutan hulu sungai Sanglang waktu mencari lokasi memancing. Tidak ada kena mengena langsung dengan  pohon pulai besar tempat helang besar bersarang. Namun  selepas peristiwa tersebut  dedaun  pohon pulai tersebut bertukar menjadi kuning  dan kering. Satu persatu  melayang  ditiup angin jatuh  ke bumi, . Sesetengah orang  berpendapat kekuningan  layu   pohon itu kerana  sudah terlalu tua, tidak kurang juga yang berpendapat  ia jadi begitu kerana  banirnya ditakik oleh  kumpulan yang mencari kanak-kanak hilang sebelumnya. Kematian pohon pulai  besar itu  turut melenyapkan kisah  Helang Betina besar yang  dahulunya  menjadi lagenda ‘Sanglang’.   Kebanyakan orang percaya  helang tersebut pindah ke hutan lain setelah  dedaun dan  ranting pohon pulai besar  itu  reput , jatuh satu persatu, meninggalkan  batang kayu pulai  itu berdiri menunggal sendiri,   reput dek hujan panas hingga akhirnya jatuh  menyembah  bumi.       





Segala usaha sedang dibuat untuk menyusun dan menyiapkan halaman ini secepat mungkin.  Sehubungan itu kami mohon bantuan dan kerjasama semua pihak untuk  memberi sebarang  sumbangan maklumat, dokumentasi, bahan sejarah, komen dan usul  membina kepada sidang redaksi kami agar cita-cita ini dapat direalisasikan dengan kadar segera .....



VISI, MISI, LENCANA SEKOLAH AGAMA SANGLANG



Segala usaha sedang dibuat untuk menyusun dan menyiapkan halaman ini secepat mungkin.  Sehubungan itu kami mohon bantuan dan kerjasama semua pihak untuk  memberi sebarang  sumbangan maklumat, dokumentasi, bahan sejarah, komen dan usul  membina kepada sidang redaksi kami agar cita-cita ini dapat direalisasikan dengan kadar segera .....



SEKOLAH AGAMA SANGLANG : USTAZ & USTAZAH BERTUGAS

Pada waktu ini pengurusan Sekolah Agama Sanglang  diterajui oleh empat ( 4 ) orang guru yang terdiri dari;



ADI WIJAYA BIN ISKANDAR

Guru Besar

-Setiausaha Badan Kebajikan Sekolah Agama Sanglang
-Pentadbiran Sekolah
-Pengerusi panitia matapelajaran
-Penasihat kelab dan persatuan sekolah
-Pengerusi keselamatan sekolah
-Pengerusi kurikulum sekolah
-Pengerusi ko-kurikulum sekolah


USTAZAH NURUL HAIZURA BINTI  MOHD JAIS
Guru Penolong Kanan 1

-Penyelaras Seksyen Akedemik
-Bendahari Badan Kebajikan Sekolah
-Guru Hal Ehwal Murid (HEM)
-Sistem maklumat Pelajar  (SMP)
-Pendaftaran dan perpindahan pelajar
-Hal Ehwal Kebajikan murid
-Program makanan sihat (PMS)
-Pengurusan kantin sekolah
-Unit Pengurusan Akedemik (UPA)
-Penyelaras Panitia
-Penyelaras jadual matapelajaran sekolah






USTAZAH SITI KHADIJAH BTE OMAR
Guru Ko-Kurikulum Sekolah

-Setiausaha Kerja Badan Kebajikan Sekolah
-Setiausaha Majlis Guru Sekolah
-Bendahari SUWA
-Penyelaras Kelab dan Persatuan Sekolah
-SIMPENI & data calon UPKK
-Guru kebersihan dan keceriaan sekolah
-Setiausaha Seksyen Peperiksaan Sekolah
-Guru Pengawas & Disiplin Sekolah



USTAZAH ZAINAB  BINTI HJ ARSAD
Guru Aset & Inventori Sekolah

-Bendahari Majlis Guru Sekolah
-Guru Bimbingan dan Kaunseling
-Guru Pusat Sumber dan Perpustakaan
-Pengurusan bilik tayangan ( PSS ) sekolah
-Guru Skim Pinjaman Kitab ( SPK )
-Pengurusan bilik kebal SPK (BOSS)
-Pengurusan Minggu Ukhwah Sekolah ( MUS)
-Setiausaha Rekod, Persuratan dan Perfailan sekolah

-Pengurusan pelupusan dan arkib dokumentasi




SEKOLAH AGAMA SANGLANG - JASAMU DIKENANG



Antara Ustaz dan Ustazah yang telah menabur bakti di sekolah ini:
-Ustaz Hassan bin Mahmud
-Ustaz AbdulSamad bin Jantan
Ustaz Abdul Rahman bin Abdul hamid
-Ustaz Hassan bin Abdul Hamid
Ustaz Abdillah bin Ahmad
-Ustaz Abdul Sani bin Mohd Nor
-Ustaz Suryani binti Hj Anuar
-Ustaz Jaimon bin Sartani
-Ustaz Muntaha bin Tua
-Ustaz Safari bin Salamon
-Ustaz Hj Ahmad bin Abdul Ghani
-Ustaz Fauzan bin Basiron
-Ustazah Hajar binti Daim
-Ustazah Rohana binti Asmari

-Ustazah  Suria  binti Nasri 
-Ustaz Ribut bin Darnawi
-Ustaz Ahmad bin Mohd Sharif
-Ustazah  Suriayati binti Hj Idris
-Ustazah Junaidah binti Marjunid
-Ustazah  Noreha binti Dadek
-Ustaz Abdul Salam bin Hj Manap
-Ustaz Haji Bakri bin Kasim
-Ustaz Adi Wijaya bin Iskandar
-Ustazah  Hjh kamariah binti Hj Ali
-Ustaz Samuri bin Mahani
-Ustazah  Noranizah binti Aswan
-Ustaz Md Jabar bin Miskun







Segala usaha sedang dibuat untuk menyusun dan menyiapkan halaman ini secepat mungkin.  Sehubungan itu kami mohon bantuan dan kerjasama semua pihak untuk  memberi maklumat, dokumentasi, bahan sejarah, komen dan usul  membina kepada sidang redaksi kami agar cita-cita ini dapat direalisasikan dengan kadar segera .....



PEMBANGUNAN SEKOLAH AGAMA SANGLANG




Segala usaha sedang dibuat untuk menyusun dan menyiapkan halaman ini secepat mungkin.  Sehubungan itu kami mohon bantuan dan kerjasama semua pihak untuk  memberi sebarang  sumbangan maklumat, dokumentasi, bahan sejarah, komen dan usul  membina kepada sidang redaksi kami agar cita-cita ini dapat direalisasikan dengan kadar segera .....