PENUBUHAN SEKOLAH AGAMA SANGLANG
Sekolah Agama Sanglang mula dibuka pada hari Khamis
24 hb Ogos 1947 bersamaan 8 Syawal 1366 Hijrah. Guru pertama bertugas di sekolah ini adalah Ustaz Hassan bin Mahmud. Pada waktu itu jumlah pelajar hanya 85 orang. Pada peringkat awal penubuhan Sekolah Agama Sanglang menumpang bangunan Sekolah Kebangsaan Sanglang sehingga berpindah ke bangunan sendiri pada 26 Jun 2016.
KRONOLOGI SEJARAH
AWAL PEMBUKAAN SEKOLAH.
Sebagaimana diketahui umum, perang dunia kedua berakhir pada 2 hb September1945. Pada waktu itu masyarakat sekitar Pekan Sanglang ( Kampong Sanglang pada waktu itu ) merasakan perlunya pendidikan agama untuk anak-anak orang melayu diberi perhatian demi menegakkan syiar Islam. Kepulangan Anak-anak Kampong Sanglang yang merantau ke Johor Bahru ketika itu telah melihat dan membawa pulang cerita berkenaan sekolah-sekolah Agama sebelah petang yang terdapat disana. Dari maklumat tersebut, terbitlah ilham dan cadangan dari kalangan cerdik pandai melayu ketika itu untuk menubuhkan sekolah mengaji atau panggilan mashur ketika itu "Sekolah Quran" disebelah petang. Cadangan tersebut dikuatkan dengan kisah beberapa sekolah Agama petang yang telah tertubuh di negeri Johor seperti Sekolah Melayu Kampong Kandang Ayam, Johor Bahru (1878) dan Sekolah Al-Quran Kukup, Pontian ( 1907 ) .
SEJARAH : PENDUDUK PADA ERA KONFRANTASI
Pesisir pantai kampong Sanglang yang merentang selari dengan Selat Melaka tidak terkecuali dari menjadi zon perang ketika melalui zaman konfrantasi Malaysia - Indonesia (1963 hingga 1966). Penduduk Kampong Sanglang turut berkawal di sepanjang Pantai Kampong Sanglang untuk mengelak pendaratan haram ketumbukan tentera Gerilya Indonesia yang memegang perinsip "Ganyang malaysia" ketika itu. Mereka berkawal disepanjang pantai yang dipenuhi hutan bakau, pohon berembang dan api-api secara bergiliran siang dan malam bersama Batalion pasukan Polis Hutan (PPH) yang ditugaskan secara rasmi mempertahankan pantai dari pencerobohan tentera asing.
Kerjasama antara penduduk dan Pasukan polis Hutan tersebut ternyata menghasilkan kesan positif kerana urusan pembelajaran dan persekolahan anak-anak kampong Sanglang dapat berjalan dengan aman sepanjang 4 tahun tragedi tersebut tanpa menjejas seesi persekolahan Sekolah Agama Sanglang.
Tragedi "Ganyang Malaysia" yang timbul sekitar 1963 - 1966 tersebut timbul bermula dengan rasa tidak senang hati oleh segelintir masyarakat di Indonesia terhadap beberapa hal yang berkaitan dengan Malaysia selepas kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. Isu Sabah, Pulau Borneo dan sistem komunikasi terbatas waktu itu meletakkan kemerdekaan Malaya pada waktu itu dipandang tidak wajar pada kepimpinan Indonesia yang dipimpin oleh DRS Sukarno. Konfrontasi Indonesia-Malaysia lebih bersifat politik dan dipicu oleh prasangka dari pihak Indonesia yang menganggap Federasi Malaysia hasil bentukan Inggris sebagai sebuah negara "boneka neo-kolonial". Inggris dituduh berusaha menggagalkan kemerdekaan Malaysia pelbagai helah yang disebut dalam istilah Indonesia " Federasi Malaysia". Justru Pada 16 September1963, selepas pemilihan rakyat dilaporkan, pihak pendukung Federasi Malaysia yang terdiri dari kalangan elit menganggap bahwa masalah Pembebasan Malaysia dari campurtangan Ingris tidak mungkin dapat diselesaikan dengan pungutan suara (pilihanraya). Mereka rasa bersalah untuk membiarkan saudara mara mereka yang sudah menduduki Malaysia ketika itu tinggal dalam cengkaman Inggeris sedangkan Indonesia sudah lama merdeka dari cengkaman Belanda ( 1947 ).
Kemarahan mereka makin memuncak apabila segelintir penunjuk perasaan anti-Indonesia di Kuala Lumpur beraksi menyerbu bangunan Parlimen dengan membawa bendera dan lambang negara Indonesia, Garuda Pancasila. Secara agresif mereka membawa mengoyak serta memijak-mijak gambar Soekarno di hadapan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Mereka memijjak-mijak lambang negara Indonesia, Garuda Pancasila dengan alasan tidak mahu pihak luar campurtangan urusan Malaysia. Bertindak dari laporan ini, timbul kemarahan Soekarno dan rakyat Indonesia terhadap pembentukan Malaysia yang dianggap sebagai tidak peka pada situasi masyarakat senusantara. Ketika itu sudah diketahui umum bahawa ramai rakyat Indonesia tinggal dan berhijrah ke Malaysia sebelum kemerdekaan negara (1957 ). Kemelut rasa tidak puashati tersebut berakhir dengan pembentukan Dwi Komando Rakyat disingkat sebagai "Dwikora" yang dikirim oleh DRS Sukarno untuk menyerang Malaysia seawal tahun 1963. Antara agenda penyerangan mereka adalah;
1) Perhebat Pertahanan Revolusi Indonesia, dan
2) Bantu perjuangan revolusioner rakyat-rakyat Indonesia di Malaya, Singapura, Sabah, Serawak, dan Brunei untuk Merdeka.
3) Memerdekakan diri dan membubarkan Negara Malaysia.
SEJARAH
AWAL PEMBUKAAN PEKAN SANGLANG.
Aliran Sungai Sanglang merentangi daerah pontian
Segala usaha sedang dibuat untuk menyusun dan menyiapkan halaman ini secepat mungkin. Sehubungan itu kami mohon bantuan dan kerjasama semua pihak untuk memberi sebarang sumbangan maklumat, dokumentasi, bahan sejarah, komen dan usul membina kepada sidang redaksi kami agar cita-cita ini dapat direalisasikan dengan kadar segera .....

Tambah kapsyen |

Majoriti kajian lisan dalam sesi temubual bersama penduduk asal
sekitar Pekan Sanglang menyatakan perkataan Sanglang berasal dari "Sang
Helang", sejenis haiwan pemangsa berukuran besar yang bersarang di pinggir sungai yang mengalir merentang dari arah timur ke barat iaitu Bukit Nyamok, dalam daerah
Kulai ke muaranya di pinggir Selat Melaka.
Pelbagai kisah lisan yang tidak
kurang menarik dapat diungkap dari kisah haiwan vartebrata yang bersarang
dipohon pulai pinggir sungai ini.
Bukan setakat kehebatannya dalam menangkap mangsa dan ketajaman penglihatan matanya yang luarbiasa malahan turut disertakan beberapa kisah mistik yang menjadi bahan cerita lisan dari beberapa generasi hingga namanya diabadikan sebagai nama kampung yang kini bertukar taraf menjadi sebuah pekan.

Berdasarkan kisah lisan masyarakat
setempat sewaktu awal pembukaan hutan untuk menjadi perkampungan terdapat
sepohon kayu pulai yang besar tumbuh liar lebih tinggi dari pohon-pohon lain
disekitarnya di hutan hulu sungai Sanglang. Tidak ada penduduk berani mendekati
apatah lagi menebang pohon
tersebut. Selain dari ciri ukur lilit pohon yang lebih besar melebihi tiga pemeluk manusia dewasa dan
lebih tinggi dari rimbunan pohon lain disekitarnya, terdapat juga
seekor helang betina besar bersarang di rimbunan dedaun pohon tersebut.
Walaupun tidak mengganggu sesiapa, wajah
bengis pemangsa tersebut melebihi ukuran burung-burung lain sudah cukup membuat
sesiapa sahaja yang melihatnya merasa gerun.
Sistem
perhubungan zaman itu sangat daif, berbanding sekarang. Selain dari mengisi keperluan asas, sungai juga
menjadi asas perhubungan utama penduduk zaman itu dan kenderaan utama penduduk untuk memasuki kampong Sanglang adalah menggunakan sampan kayuh dan tongkang. Belum ada
jalanraya untuk
menghubungkan kampong Sanglang
dengan pekan-pekan lain seperti sekarang. Tidak kedengan berita kemalangan jalanraya pada waktu tersebut, namun antara masaalah penduduk yang berulang-alik hilir mudik di Sungai Sanglang ketika itu
adalah kelibat buaya yang berjemur berjejeran di muara sungai. Penduduk
cukup berhati-hati mengendali tongkang atau sampan ketika menyusuri arus sungai
Sanglang ketika itu supaya tidak menjadi mangsa 'sang bedal'.
Seringkali penduduk melihat burung helang besar yang bersarang di
pohon pulai bertenggek di puncak pohon
api-api di muara sungai pada siang hari tetapi
tidak mengetahui puncanya. Ada antara mereka menggelar helang tersebut "penjaga muara ". Suatu ketika beberapa orang penduduk yang menaiki sampan menghilir sungai melihat kelibat helang besar
tersebut menjunam kelumpur tebing sungai dan membawa terbang anak buaya yang
barjalan lambat ke gigi air. Berpunca dari kejadian tersebut, misteri
helang besar bertenggek dipuncak pohon api-api akhirnya terjawab.
Rupanya helang besar tersebut memerhati sarang-sarang buaya yang banyak terdapat di lumpur pinggir sungai dan bertindak menyambar anak buaya yang merangkak perlahan ke air setelah menetas dari telur . Pergerakan helang besar menyambar pantas anak-anak buaya yang baru menetas tersebut sangat pantas sehingga ibu buaya yang menunggu telur ditebing sungai tidak sempat berbuat apa-apa.

Peristiwa itu berlarutan hingga
beberapa lama. Merasakan habitatnya terancam, akhirnya buaya di
muara sungai sanglang berhijrah ke lokasi lain. Penghijrahan buaya yang
menghuni muara sungai melegakan penduduk sekitar sungai tersebut.
Kisah "Sang Helang" yang
dianggap hero mengusir keturunan
"Sang Bedal" dari muara sungai Sanglang menjadi bualan sensasi, berpindah dari mulut ke mulut.
Lokasi sungai "Sang Helang" mengusir buaya itu akhirnya
dikenali dengan sebutan "Sungai Sang Helang" atau "Sungai Sang
Lang" yang akhirnya sinonim menjadi
Sungai Sanglang.
Bermula dari Sungai Sanglang kampong di pinggir Sungai ini mendapat
namanya Kampong Sanglang dan kian pesat membangun
menjadi pekan Sanglang.
Terdapat kisah lain berkisar dengan helang besar tersebut. Kononnya suatu ketika terdapat dua orang budak dari kampong yang berhampiran dengan Sungai Sanglang hilang . Puas sudah
dicari oleh ibu bapa jiran tetangga tidak dijumpai. Beberapa orang yang melihat kelibat mereka mengatakan mereka
melihat kedua kanak-kanak tersebut membawa joran menuju arah bahagian hulu sungai sanglang.
Selain dari menjalankan gerakan mencari beramai-ramai ,
terdapat segelintir penduduk yang menemui dukun kampong untuk mengesan kehilangan kedua orang kanak-kanak tersebut. Menurut
ramalan dukun tersebut, kedua
kanak-kanak yang hilang disembunyikan
oleh mahluk halus yang menjadi pendamping
helang yang bersarang dipohon Pulai Besar yang terletak di hulu Sungai Sanglang. Maka beberapa orang penduduk diketuai oleh bapa
kanak-kanak yang hilang pun menuju ke
Pokok Pulai tersebut. Kemarahan dan
ketakutan terhadap nasib kedua
kanak-kanak yang hilang ternyata
melenyapkan kegerunan penduduk terhadap pohon
pulai besar tersebut sebelumnya. Selain dari berteriak memanggil nama kedua kanak-kanak
yang hilang, mereka juga mengeluarkan kata ugutan “Kalau engko tidak pulangkan dua budak itu,
aku tebang pokok ini!” Segelintir dari mereka juga bertindak menakik perdu pohon pulai raksasa
tersebut sebagai tanda ancaman.
Beberapa hari kemudian kedua kanak-kanak yang hilang tersebut dapat dijumpai semula. Menurut cerita keduanya mereka sesat di kawasan hutan hulu sungai Sanglang waktu mencari lokasi memancing. Tidak ada kena mengena langsung dengan pohon pulai besar tempat helang besar bersarang. Namun selepas peristiwa tersebut dedaun pohon pulai tersebut bertukar menjadi kuning dan kering. Satu persatu melayang ditiup angin jatuh ke bumi, . Sesetengah orang berpendapat kekuningan layu pohon itu kerana sudah terlalu tua, tidak kurang juga yang berpendapat ia jadi begitu kerana banirnya ditakik oleh kumpulan yang mencari kanak-kanak hilang sebelumnya. Kematian pohon pulai besar itu turut melenyapkan kisah Helang Betina besar yang dahulunya menjadi lagenda ‘Sanglang’. Kebanyakan orang percaya helang tersebut pindah ke hutan lain setelah dedaun dan ranting pohon pulai besar itu reput , jatuh satu persatu, meninggalkan batang kayu pulai itu berdiri menunggal sendiri, reput dek hujan panas hingga akhirnya jatuh menyembah bumi.
Beberapa hari kemudian kedua kanak-kanak yang hilang tersebut dapat dijumpai semula. Menurut cerita keduanya mereka sesat di kawasan hutan hulu sungai Sanglang waktu mencari lokasi memancing. Tidak ada kena mengena langsung dengan pohon pulai besar tempat helang besar bersarang. Namun selepas peristiwa tersebut dedaun pohon pulai tersebut bertukar menjadi kuning dan kering. Satu persatu melayang ditiup angin jatuh ke bumi, . Sesetengah orang berpendapat kekuningan layu pohon itu kerana sudah terlalu tua, tidak kurang juga yang berpendapat ia jadi begitu kerana banirnya ditakik oleh kumpulan yang mencari kanak-kanak hilang sebelumnya. Kematian pohon pulai besar itu turut melenyapkan kisah Helang Betina besar yang dahulunya menjadi lagenda ‘Sanglang’. Kebanyakan orang percaya helang tersebut pindah ke hutan lain setelah dedaun dan ranting pohon pulai besar itu reput , jatuh satu persatu, meninggalkan batang kayu pulai itu berdiri menunggal sendiri, reput dek hujan panas hingga akhirnya jatuh menyembah bumi.
Segala usaha sedang dibuat untuk menyusun dan menyiapkan halaman ini secepat mungkin. Sehubungan itu kami mohon bantuan dan kerjasama semua pihak untuk memberi sebarang sumbangan maklumat, dokumentasi, bahan sejarah, komen dan usul membina kepada sidang redaksi kami agar cita-cita ini dapat direalisasikan dengan kadar segera .....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan