Selasa, 21 Mac 2017

Sekolah Agama Sanglang, Pontian.

Sekolah Agama Sanglang
Menghadapi pancaroba konfrantasi


Pesisir pantai kampong Sanglang yang merentang selari dengan Selat Melaka tidak terkecuali dari menjadi zon perang ketika melalui zaman konfrantasi Malaysia - Indonesia (1963 hingga 1966). Penduduk Kampong Sanglang turut berkawal di sepanjang Pantai Kampong Sanglang untuk mengelak pendaratan haram ketumbukan tentera Gerilya Indonesia yang memegang perinsip "Ganyang malaysia" ketika itu. Mereka berkawal disepanjang pantai yang dipenuhi hutan bakau, dan api-api secara bergiliran siang dan malam bersama Batalion pasukan Polis Hutan (PPH) yang ditugaskan secara rasmi mempertahankan pantai dari pencerobohan tentera asing.
Kerjasama antara penduduk dan Pasukan polis Hutan tersebut ternyata menghasilkan kesan positif kerana urusan pembelajaran dan persekolahan anak-anak kampong Sanglang dapat berjalan dengan aman sepanjang 4 tahun tragedi   tersebut tanpa menjejas seesi persekolahan Sekolah Agama Sanglang. 
Tragedi "Ganyang Malaysia" yang timbul sekitar 1963 - 1966 tersebut timbul bermula dengan rasa tidak senang hati  oleh segelintir masyarakat di Indonesia terhadap beberapa hal yang berkaitan dengan Malaysia selepas kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. Isu Sabah, Pulau Borneo dan sistem komunikasi terbatas waktu itu meletakkan kemerdekaan Malaya pada waktu itu dipandang tidak wajar pada  kepimpinan Indonesia yang dipimpin oleh DRS Sukarno. Konfrontasi Indonesia-Malaysia lebih bersifat politik dan dipicu oleh prasangka dari pihak Indonesia yang menganggap Federasi Malaysia hasil bentukan Inggris sebagai sebuah negara "boneka neo-kolonial". Inggris  dituduh berusaha menggagalkan kemerdekaan Malaysia pelbagai helah yang disebut dalam istilah Indonesia " Federasi Malaysia". Justru  Pada 16 September1963, selepas pemilihan rakyat dilaporkan, pihak pendukung Federasi Malaysia yang terdiri dari kalangan elit menganggap bahwa masalah Pembebasan Malaysia dari campurtangan Ingris tidak mungkin dapat diselesaikan dengan pungutan suara (pilihanraya). Mereka rasa bersalah untuk membiarkan saudara mara mereka yang sudah menduduki Malaysia ketika itu tinggal dalam cengkaman Inggeris sedangkan Indonesia sudah lama merdeka dari cengkaman  Belanda ( 1947 ).  
Kemarahan mereka makin memuncak apabila segelintir penunjuk perasaan   anti-Indonesia di Kuala Lumpur beraksi menyerbu bangunan Parlimen dengan membawa bendera dan lambang negara Indonesia, Garuda Pancasila.  Secara agresif  mereka membawa mengoyak serta memijak-mijak gambar Soekarno di hadapan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Mereka memijjak-mijak lambang negara Indonesia, Garuda Pancasila dengan alasan tidak mahu pihak luar campurtangan urusan Malaysia.

Bertindak dari laporan ini, timbul kemarahan Soekarno dan rakyat Indonesia terhadap pembentukan  Malaysia yang dianggap sebagai tidak peka pada nasib masyarakat senusantara. Sewaktu peristiwa tersebut, ramai rakyat Indonesia telah  berhijrah ke Malaysia dan membuka hutan dan perkampungan di negara ini. Kemelut rasa tidak puashati tersebut berakhir  dengan pembentukan Dwi Komando Rakyat disingkat sebagai "Dwikora" yang dikirim oleh DRS Sukarno untuk menyerang Malaysia seawal tahun 1963. Antara agenda penyerangan mereka adalah; 
1) Perhebat Pertahanan Revolusi Indonesia, dan 
2) Bantu perjuangan revolusioner rakyat-rakyat Indonesia di MalayaSingapuraSabahSerawak, dan Brunei untuk Merdeka.

3) Memerdekakan diri dan membubarkan Negara Malaysia.



Segala usaha sedang dibuat untuk menyusun dan menyiapkan halaman ini secepat mungkin.  Sehubungan itu kami mohon bantuan dan kerjasama semua pihak untuk  memberi sebarang  sumbangan maklumat, dokumentasi, bahan sejarah, komen dan usul  membina kepada sidang redaksi kami agar cita-cita ini dapat direalisasikan dengan kadar segera .....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan